Saturday 11 May 2013

ISU KEMANUSIAAN



Isu-isu kemanusiaan merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang isu-isu kemanusiaan yang semakin kurang mendapat perhatian dewasa ini. Program ini menyediakan landasan yang tepat kepada mahasiswa untuk bergerak menyebarkan maklumat kepada masyarakat di Malaysia berhubung isu kemanusiaan . Antara isu yang akan diketengahkan ialah peperangan, kemiskinan, penindasan dan kebuluran. Selain itu, program ini juga menyalurkan persepsi golongan belia khususnya mahasiswa berkenaan isu-isu kemanusiaan menerusi kepelbagaian bentuk  penyampaian kepada umum. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan.   Dengan tema “Sustaining the world nation through art”,program ini memberi peluang kepada mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. Di samping itu juga,program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan. Antara pengisian program ialah:-
1. Flash-mob
2. Basking-A charity for pity
3. Street Art-Some perception through illusion
4. Pameran

1 comments: